Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Thursday 28 April 2011

Pelan Tindakan Desa

InI aDalah Merupakan Program Pertama Yang Aku Jalankan:Yng Dijalankan Di Kampung Melayu Gelang Patah

Terutama sekali tentang Pelan Tindakan Desa (PTDe). Pelan Tindakan Desa ini merupakan satu dokumen yang mengandungi perancangan pembangunan sesebuah kampong secara terperinci yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bersama wakil-wakil penduduk sesebuah kampong tersebut.
PTDe dipekenal dan dikendalikan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) sebuah agensi di bawah KKLW. Modul ini dibangunkan berasaskan konsep perancangan dari bawah ke atas untuk memperkukuhkan pengupayaan masyarakat.
Ini bermakna penduduk kampong bersama-sama bertanggungjawab merancang serta mencapai kata sepakat terhadap projek-projek yang member peluang kepada penduduk kampong itu sendiri. Menggunakan segala kepakaran dan pengalaman mereka dalam menentukan apakah bentuk pembangunan dalam jangka pendek iaitu antara 3 hingga 5 tahun yang mereka perlukan.Saya amat berharap melalui pendekatan ini akan dapat melahirkan masyarakat kampong yang lebih berdikari, mempunyai hak dalam membuat keputusan dan menyuarakan pandangan, memupuk jalinan kerjasama dan meyuarakan pandangan. Malah penduduk kampong itu sendiri akan dapat sama-sama aktif melibatkan diri dalam merancang dan merealisasikan pembangunan yang mereka perlukan.
Selain penduduk merasai kehendak dan pandangan mereka dihargai pelan tindakan ini juga akan membantu melonjak pembangunan di sesebuah kampong tersebut. Kampong tersebut akan menjadi lebih maju, tersusun dan sistematik dari segi infrastrukturnya, meningkatkan ekonomi, menggalakkan kegiatan-kegiatan social seperti pendidikan anak-anak, gotong royong dan melahirkan modal insan yang berkualiti melalui pelbagai pendekatan insaniah.
Komuniti Berdaya, Desa Berjaya
Kementerian memilih tema ini untuk malis Pelancaran Pelan Tindakan Desa adalah selaras dengan tema program Gerakan Daya Wawasan (GDW) iaitu sebuah program Kementerian untuk memperkasakan pemimpin masyarakat dan penduduk luar bandar.
Program ini melibatkan pemimpin masyarakat secara langsung dalam proses membuat keputusan dan proses melaksanakan projek di kawasan mereka.
Menjadi matlamat dan objektif utama Kementerian untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang mempunyai minda kelas pertama, berdaya saing, dan berinovasi tinggi untuk mewujudkan sebuah desa yang berjaya, maju, menarik dan menguntungkan.

No comments:

Post a Comment