Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Sunday 27 November 2011

Tuhan sahaja yang tahu::

Salam:

Hari ini aku bangun awal semata2 nak siapkan keje yang belum siap

akhirnya siap jugak keje,walaupun sambil buat keje duk baca blog orang lain..

tp tuhan je yang tahu semasa aku tgh buat keje ape yang aku rasa.

nak diluahkan segan pulak aku rasa biarlah aku sahaja yang tahu,dapatkah aku bertahan sehingga ke

malam ini,esok dan seterusnya atau setakat petang ini sahaja.

petang ini aku nak sambung tp dah rasa mcm sakit kepala je,

entahlah kenapa,bertapa seksanya aku rasa sekarang ini

kenapa ia berlaku diwaktu begini

mungkin tuhan nak menguji aku.

walaupun kadang-kadang ku rasa dunia ini tidak adil

tp apa yang berlaku itu semua ketentuan tuhan.

nasib baiklah ada si M dengan si N dialah yang selalu tolong aku di saat begini

si S pagi td dah xmampu nak tolong aku..huhuhu...

tp mampukan aku bertahan kerana dalam hidup aku setiap hari aku perlukan si N dan si L

Harap petang atau malam ini dia dapat membantu aku..tapi aku x thu..adakah aku hanya mengharap

Kepada sesuatu yang aku x pasti.

emmmmmmmm

Ambil Pengajaran Apa Yang Berlaku Disekeliling Kita:

KUALA LUMPUR: Umurnya menjangkau setengah abad, tapi usia dianggap matang itu belum mampu melepaskan seorang lelaki daripada perangkap penyalahgunaan Internet.

Komputer dan Internet langsung tidak memajukan perniagaannya, tetapi menjadi saluran untuk dia memikat wanita yang sanggup melakukan apa saja demi wang.

Sepanjang lima tahun, Jaafar ibarat ‘playboy tua’ apabila berpuluh-puluh wanita terkulai di ribaannya, namun kegembiraannya tidak lama kerana selepas itu satu demi satu ‘bala’ menimpa sehingga segala kekayaannya lenyap. Ikuti luahan Jaafar.

“SEBENARNYA saya bukan jenis ‘kaki betina’ atau ‘kaki enjoy’ hinggalah saya mula menaruh minat kepada Internet.

Tujuan asal saya mahu menceburi cabang perniagaan baru, termasuk mencuba pelbagai jenis skim pelaburan Internet, tetapi memandangkan saya suka ‘meneroka’, saya cuba mencari pelbagai maklumat.

Sebelum itu saya dengar ramai kawan dapat kenalan di Internet, malah ada yang ‘simpan perempuan’ selepas berhubung di Internet.

Saya cuba melayari laman web mencari kenalan dan tak sangka pula ada yang secara terang-terangan mencari ‘sugar daddy’.

Saya mencubanya dan tak sangka menerima respons baik. Wang bukan menjadi masalah bagi saya dan disebabkan itu saya tidak kisah mendepositkan wang jika diminta wanita yang berjaya saya hubungi menerusi telefon.

Pada mulanya tidak banyak, setakat RM200 hingga RM300. Saya umpan dengan wang lebih banyak jika sanggup berjumpa dan memenuhi apa saja kehendak saya. Tak sangka pula ada yang sanggup.

Seingat saya, wanita pertama yang berjaya saya takluki bekerja sebagai jurujual. Dia mendakwa sentiasa berdepan masalah kewangan dan memang mahukan sesiapa yang boleh memberinya kekayaan ‘membelanya’. Kali pertama berjumpa, terus ‘dapat’.

Saya mula berasa seronok. Setakat beri wang RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bukan menjadi masalah kepada saya. Setakat membayar sewa kondominium mewah dan kereta, saya tidak kisah.

Saya mula sedar, wang boleh membeli segala-galanya dan saya cari lagi wanita yang boleh dibela menerusi laman web yang mengiklan tawaran mencari ‘sugar daddy’.

Saya dapat yang baru dan yang lama pula saya tinggalkan begitu saja bila sudah bosan.

Semakin lama saya berasa kian seronok. Seorang demi seorang wanita, tidak kira yang bekerja atau masih menuntut, berjaya saya pikat.

Namun, saya akui tidak terlepas ditipu beberapa kali. Disebabkan yakin mangsa akan terikat dengan saya apabila saya mendepositkan wang, lebur juga ribuan ringgit. Selepas masukkan wang, ‘sasaran’ hilang begitu saja, tetapi saya tidak kisah.

Saya terus ‘aktif’ melakukan perbuatan terkutuk itu. Untuk mengelak ahli keluarga, terutama isteri, mengesan aktiviti itu, saya merancangnya dengan teliti. Jika mahu berjumpa mangsa, saya memilih melakukannya di hotel bertaraf lima bintang.

Soal keluar masuk wang, saya tidak bimbang kerana isteri dan anak tidak ambil tahu. Saya berikan kemewahan kepada mereka.

Pada masa sama, tumpuan saya bukan hanya kepada laman web berkenaan kerana saya mula ‘meneroka’ laman web mencari kenalan lain seperti ‘myspace’, ‘friendster’ dan ‘facebook’. Hasilnya, semakin ramai yang berjaya saya takluki.

Umpannya mudah, iaitu wang. Saya sanggup bela mereka asalkan mereka beri apa yang saya mahu. Bagaimanapun, saya tidak mahu terikat. Jika sudah bosan, saya tinggalkan.

Tahun ketiga melakukan perbuatan terkutuk itu, entah mengapa perniagaan mula merosot. Tender tak dapat dan ada projek tertentu tidak dapat saya siapkan. Ada juga beberapa pelaburan menerusi Internet yang saya masuk lebur begitu saja.

Saya masih mampu bertahan dan tetap melakukan perbuatan itu. Saya jual kereta untuk dapat wang hinggalah semua kereta saya jual.

Kononnya nak buat modal berniaga, tetapi entah bagaimana wang habis begitu saja. Fikiran benar-benar berserabut. Jumpa salah kawan pula.

Kawan kata main judi mesin slot di kelab judi eksklusif boleh kaya jika modal besar, tetapi apa yang saya lakukan tidak menjadi. Banyak kalah daripada menang.

Sehingga pada tahun kelima, saya benar-benar terduduk. Kereta hanya tinggal kereta buruk, nasib baik saya tak jual rumah.

Wanita yang saya bela semuanya lari kerana saya tidak lagi mampu memberi kemewahan dan wang setiap bulan. Keluarga juga yang menjadi mangsa.

Mujur dulu isteri pandai berjimat, adalah sedikit wang simpanan. Bagaimanapun, apabila sudah lama hidup senang, sukar untuk mengubah gaya hidup. Wang yang ada kian surut dan sejak itu baru saya cuba ubah gaya hidup.

Sekarang saya berniaga kecil-kecilan, ambil kontrak daripada orang lain. Kadangkala jual insurans. Menyesal tak sudah!

Sepatutnya saya hidup senang hari ini, tetapi kerana balasan Tuhan, saya hidup susah. Kini, baru saya kembali mencari keberkatan hidup, meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.”

Friday 25 November 2011

Sangat puas hari ini

Pegi studio lewat kul 12:30

Uruskan apa yang patut untuk pg site esok

Hari ini jugak jumpa en rahim

Ape yang aku tunjuk mesti lepas

Minggu depan dah kena finalkan:

Entah sempat atau tidak

Aku sempat kot:

Cuma risau kat kawan-kawan yang belum siap

banyak lagi benda yang nak kena buat

jangan tangguh-tangguh nanti berlapis..hahaha

Selesai studio trus balik bilik

Sampai bilik..x sempat nak rehat pun..

Kawan aku ajak main tenis(Man Nama dia)

Puas kot main sampai lembek...Dah X larat rasa

Tapi sangat puas

Xdalah mengadap laptop selalu..Bosan

Xnak Pikir pasal keje  dah..

Lepas main tenis..

Duk rehat-rehat jap

Sambil minum air

Man ajak main bola plak

Lama x lawan dengan dia..

Tp yang bestnya Fisrt game dia menang 2-0

Second game aku menang 3-1

Agregate 3 sama lah...

Game menentuan Seri la palk...

Maknanya dua2 sama hebat

HuHuH...Dah Magrib nak g mandi pulak...

Malam nie nak  g metting plak esok nak pg site

Semoga dipermudahkan segala-galanya amin...

Thursday 24 November 2011

Hancur Sudah:::

Puncanya Fb..dan ini bukan kali pertama:

Huhuhu..rasa menyesal jugak

salah aku ke

salah ke aku nak meluahkan perasaan aku..

Ape yang aku rasa ketika itu

Kenapa dia begitu sensitif

perlukah aku memujuknya

atau biarkan saje..

Aku rasa nak biarkan je

Aku nak fokus study

Boleh ke tanpa dia

mesti boleh kot.

Aku cuba

Adakah dia akan mencariku semula

Entah tunggu dan lihat jelah

Kalu itu mmg jodoh kami

Bermula 25/11/2011 aKu Berstatus single..

Mmglah best

Tp Hati dan perasaan dekat dia xleh ubah.

Bangun je pagi mesti ingat dia..emmmm

Ape nak buat

Harap dia cari aku balik..

dan Menarik balik kata-katanya:

Amin..

Tempat aku meluahkan isi hatiku

Amin hajatku tercapai jugak..

Aku dah tutup fb aku,

Keinginan ini sudah terlalu lama

tetapi banyak pekara menghalang

Dan pada hari ini semua penghalang itu sudah tiada

Akhirnya dapat juga ku laksanakan..

Berapa lama aku tutup itu aku x pasti

Ini semua atas keperluan dan permintaan

Kalu perlu aku akan buke semula

Buat masa sekarang blog akan menjadi tempat untuk aku meluah perasaan

Harap ia dapat beri aku kepuasan

Amin

AHHHH:TENSIONNYA HIDUP

Tersangat tension kali ini:

Rasa nak keluar dari utm

Rasa xnak buat ape

Rasa nak lari dari semua masalah

Rasa nak bercuti panjang

Rasa nak balik umah

Rasa nak bersama mak,ayah dan adik-adik

Rasa nak berhibur

Rasa nak menjerit

Rasa penat

Rasa nak lepaskan semua tekanan ini

Rasa nak relak mcm dulu

Rasa nak lepaskan segala-galanya

Kenapa semua ini terjadi di waktu begini

Kemana pergi semangatku yang dulu-dulu

Kemana perginya sikapku yang dulu

Kemana perginya kesabaranku yang dulu-dulu

Kemana perginya kesabaranku yang dulu-dulu

Kemana sikap mesraku yang dulu

Ape yang dah berlaku sebenarnya

Aku dah x boleh nak kawal diriku lagi

Kemana semua kemampuan ku

Kemana semua kelebihanku

Apa yang Patut aku lakukan sekarang

Aku x nak berlakon lagi

Perlukan aku terus begini

Kenapa aku dah tak tentu arah

Kenapa aku dah x leh nak bg komitment mcm dulu-dulu

Satu semesta lebih lagi zul

Kamu boleh buat zul

Kamu ada semangat zul

Fokus Zul

Jangan pikir keadaan sekeliling zul

Ingat semua nie zul....Kegemilangan dulu-dulu

Dulu boleh kenapa sekarang x blh

Sorang bukan penghalang jdkan itu cabaran zul

ZUL BOLEH!!!!!!!!!!