Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Monday 30 May 2011

Liverpool's Planning Controls



Liverpool is one of the most dynamic and culturally diverse cities in NSW. The LGA is one of the largest Council areas in Sydney and is expecting to increase its population by 135,000 (75%) by 2036.
Liverpool CBD is a major commercial centre within the southwest region of Greater Sydney and serves as the regional centre for the Local Government Areas of:




  • Bankstown




  • Liverpool




  • Camden




  • Wingecarribee




  • Campbelltown




  • Wollondilly




  • Fairfield


  • The region has a total population in the order of 800,000 which is expected to grow to 925,000 by 2016 and to 1.25 million by 2031. Liverpool and Camden LGAs are expected to experience the highest growth of all LGAs in NSW over the next 20 years with a significant proportion of this growth occurring by 2016. After Blacktown, Liverpool is projected to become the second most populous Local Government Area in NSW. Liverpool has been identified as one of the river cities in the Metropolitan Strategy together with Penrith and Parramatta. It is planned that a full range of business, government, retail, cultural, entertaining and recreational activities will be provided in or near to the City centre. The southwest growth centre identified in the Metropolitan Strategy (located 10km west of Liverpool) will contribute a substantial proportion of the new population in the region and Liverpool Hospital will be the major health facility servicing this area.



    Learning from the slums (1/2):literature and urban renewal

    “Slumdog Millionaire” is the movie of the year. Its story of a young guy from Mumbai’s slum of Dharavi, who manages to change its destiny through the “Who wants to be a Millionaire” game has charmed many people, including the Oscars’ jury, who awarded the movie with 8 prizes.
    At the same time, the movie has created a debate around slums and how the movie portrays them. “Slumdog Millionaire” follows the mainstream vision of slums, described in the XIX century by writers like Daniel Defoe or Charles Dickens: dark, dirty places, with people packed in small rooms with no water facilities. In slums, riots are frequents, and police can hardly enter: the perfect place for criminals to hide and plan their threats to the society, and the perfect incubator for all sort of diseases.



    This is the vision that paved the way to all urban renewal projects: inhabitants of slums, trapped in it because of a bad fate, need to be redempted, through charity, public intervention, or maybe through a TV show. Urban renewal will clean all the dirt, bigger roads will allow a better control by the police, and everybody will have access to water and light.
    One of the first cities to enforce an urban renewal policy was Paris. Between 1852 and 1870, under the direction of Eugène Haussmann, the Boulevards were cut throughout the city. Along with the Boulevards came water pipes, sewers and public transports, and police was finally able to patrol the city.


    Paris, quartier des Halles. Boulevards cut the pre-existing urban fabric

    Paris: a typical pre-Haussmann street. Note the building height/road width ratio, similar to the one in Dharavi or Glasgow

    PEWIBAWA

    Salam::::HEHEH...Penulisan sebelum tdo,aku pun x tahu kenapa br sekarang aku nak cete pasal nie,aku rasa nak tulis nie sbb aku baru balik dr studio nie,lepas makan singgah jap,nampak lampu terbuka je,rupa2nya kawan-kawan aku tengah belatih menari...nak bawak bekalan pg indonesia nanti:::
    Nak dijadikan ceritanya ,masa lepak studio td aku ternampaklah carta organisasi persatuan aku:::PEWIBAWA(PERSATUAN MAHASISWA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH)
    dah satu sesi aku pegang persatuan nie:::oklah alhamdulillah:::susah nak ckp:::tp aku rasa ok sikitlah:::

    xdalah haru biru sangat:::;sbb aku rasa nielah persatuan yang aku pegang oklah sikit ada kemajuan:::aku xdalah mengarut sangat::::mcm sebelum2 nie.Kadang2 rasa tension tu biasalahkan...susah tau nak jaga persatuan nie::;pening dibuatnya:::sebb dia aku mlas nak cete:::kalu korang boleh berfikir fositif tulah sebbnya::;
    Walaupun aku rasa berat tp terpaksa terimalahkan org dah pilih aku on je:::x kisah org nak kate ape pun::ape aku peduli:::kita buat ape yang kita mampu::
    tunaikan kewajipan tu penting:::bahaya tau kalu x tunaikan kewajipan nie:::susah nak menjawab di akhirat nanti:::
    sebb org dah bagi amanah kat kita:::;kita buat setakat yg kita mampu:;;bukan susah pun:::bukan nak suruh bunuh orang:::
    Mmglah kita nie kadang sibuk dgn belajar,mmg susah nak bg komitmen:::tp tu bukan alasanlah:::sbb setiap manusia ada kemampuan masing-masing jadi gunakanlah kelebihan tersebut...

    Nie carta organisasi persatuan aku cantikkan::pandai org yang buatnya kreatif:::terima kasih banyak2...kerana tunaikan kewajipan anda::::::::



    PART TIME JOB

    FIRST PROJECT
    Detail plan


    Detai plan layer google map

    Detail plan layer plan contour
    SECOND PROJECT
    Land Use Muar

    THIRD PROJEK
    Detail plan





    First Project

    Salam::::Lame x menulis nieh....tp hari nie rasa nak menulis plak....walaupun sekarang nie aku tgh keje:::tapi curi2lah lagipun bos xda....hari 2 bos dah ckap haram internet tp boring punya pasal aku lyan jugaklah maklumlah projek aku dah siap:::
    Hari nie...projek kebenaran merancang yang aku buat akhirnya diluluskan oleh bos aku,bukan senang nak lulus mcm2 kerenah yang dia nak:::seminggu aku projek tu siang dan malam,gembira jugaklah buat keje KM nie:::walaupun nie first time buat tp rasa berbaloi kerana banYak pekara yang aku belajar:
    Td First plan Aku dah diterima :::susah tau nak dapat cop mohor dr bos:::tp alhamdulillah dapat jugak walupun terpaksa pg sampai ke rumah:::
    Lepas semua dokumen siap hr nie bos aku ajak pg submit plak kt OSC MPJBT...saat nielah paling takut:::sebab takut ada dokumen ada yng x lengkap:::satu kotak besar kot dokumen dia mcm2 ada dia nak::;buleh muntah kalu tgok:::tp alhamdulillahlah semua lancar xda masalah::;Tp yng bestnya hehehe dapat makan free lg bos belanja:::;mcm tulah kalu aku wat keje luar konfen x kuar duitnya:::
    Aku rasa keje swata nielah yang paling bagus sebb semua benda kita kena wat:::sampai bending report pun kn wat sendiri maklumlah xda org,semua sbuk dgn keje masing-masing nak mintak tolong pun takut:::
    tp yang bestnya buat KM nie...Dapt Jumpa datuk2 nak kena bincang dgn diorang:::;takut jugaklah first timekan::;tp layan jelah dah terpaksa:::::

    Nie Adalah Beberapa cOntoh Plan yang aku kena buat:::tension giler tp happy:::sebb masa sgt pantas x sdr ralik angat::::
    NIE PLAN KUNCI RADIUS 3KM,5KM,6KM



    NIE PLAN LOKASI RADIUS 1KM,2.5KM



    NIE DETAIL PLAN*(PALING TENSION SBB KENA SIAPKAN DALAM MASA 1 JAM


    nie jelah pelan yang aku mampu wat:::maklumlah budak baru belajar::xdok pengalaman banyak::;
    Esok projek seterusnya KM MELAKA::::::::;;;;;;;Harap lebih lancar:::::::

    Sunday 22 May 2011

    Mutiara Kata



    Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
    Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
    benda -benda yang kotor
    "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
    "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
    s.w.t akan abadi"
    Wanita itu sendiri adalah rahsia
    Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
    ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
    mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
    ke jalan Allah.
    Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
    Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
    padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
    SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
    BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
    "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
    tetapi tidak melihat apa-apa"
    "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
    menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
    "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
    JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
    ANDA TERSEBUT
    JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
    MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
    Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
    Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
    Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
    " USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
    APA YANG DIIMAGINASI "
    WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
    UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
    TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
    DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
    MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
    " Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
    adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
    dibalas kebaikan,
    itu adalah mulia dan terpuji."
    (La Roche)
    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
    membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
    " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
    Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
    berlandaskan kenyataan"
    " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
    seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
    penderitaan.
    ( Harieta Wahab)
    Hadiah Terbaik
    Kepada kawan - Kesetiaan
    Kepada musuh - Kemaafan
    Kepada ketua - Khidmat
    Kepada yang muda - Contoh terbaik
    Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
    Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
    Kepada manusia - Kebebasan
    " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
    ( A.L Alek Wong)

    MUTIARA HATI

    * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
    * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
    * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
    perkara iaitu USAHA.
    * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
    * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
    * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
    * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
    * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
    * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
    * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
    * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
    * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
    * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
    membawa kepada impian

    Saturday 21 May 2011

    Layout Pertama:::::

    salam:::;praktikal dah nak habis seminggu...walaupun baru seminggu banyak benda aku belajar...mcm2...rupa-rupanya hidup seorang planner nie...xlah sesenang yang disangka,lebih-lebih lagi bila kita bekerja dengan orang,lagi susah tau;;;
    Hari tu minggu pertama hari last aku diberi tugas yang agak berat jugaklah aku rasa:maksud aku dari segi masa aku nak buat keje tu::::mmglah blh buatkan,tp aku xlah setanding orang yang dah lama berkerja::::nie perbualan aku masa dia nak bg kerja:::;
    Abg Wan::Awak Xda Kejekan sekarang
    Zul:::Xda 
    Abg Wan:Awak Pandai Autocad X?
    Zul:Pandai
    Abg Wan:ExPERT x:
    Zul:Blhlah...
    Abg Wan:Ok Meh Sini,sekarang nie aku tengah buat KM untuk mydin taman pelangi indah:jd mcm nie,td ada arcted ada hantar layout,tp layout dia xsama dgn layout kita buat,jd tugas awak sekarang nie...edit layout tu bg sama dengan layout arcited tu:
    Zul:Ok...
    Abg Wan:Dalam Kul 3 bLH sIAP....
    Zul:aKu Tgok Jam Skrag Dah 12:20...nanti jam 12:30 nak pergi sembahyang jummat ,lepas tu kul 2 br masuk ofis balik...aku pikir2...dalm masa sejam nak kena siapkan layout tu...peh...hatiku dah mula risau:::
    Abg wan:Boleh tak
    Zul:Saya Cuba....
    Abg Wan:Ingat Tau...Kena Tepat Kalu Ubah...Ikut Scale yang Betul::;
    Zul:Aku X tAhu Nak Ckap APe:
    Abg Wan:Tp AWK kEna Smakan Dulu Map Nie..Pandai X?
    Zul:Xpandai
    Abg Wan:Ok Sya Tunjuk...
    Zul:Peh AKu Tgok Dia Tunjuk..Aku X fahm Langsung...Dahlah Laju....Tool Dia GUNA pUN mAcam2....Jenoh AKu Nak Memikirkan...
    Abg Wan:Ok Dah Siap...Hacth Ape Semua tU pANdaikan
    Zul:Pandai
    Abg Wan:OK aMBik Nie;;;;


    Friday 6 May 2011

    Aku Penat::::

    Aduh...Hr Ini Kurasakan:::;Hari Paling Sibuk Dalam hidup aku...mmg terlalu penat...Sungguh banyak urusan yang perlu aku selesaikan sebelum aku balik..dahlah nak balik..org lain balik happy je tp...aku rasa semacam je nie...entahlah hidup terima jelah...sekadar yang termampu::

    Hari Ini Lagi Pagi2 je aku dah dengar berita yang kurang enak untuk didengar mmglah untuk kebaikkan aku...tp aku sebenarnya nak juge ape yang aku inginkan hahahaa...ape tu rahsialah....nantilah aku cita...

    Td Pagi Sekarang Petanglah plak..nie pun berita kurang enak untuk didengar jugak...lg mantap:::hehehe...aku dahlah lame x balik...dah satu semesta kot kentalkan,,,tp hati pasrah jelah...aku bukan saje xnak balik..tp ada beberapa pekara x mengizinkan::;;TP.Aku Dapat Berita aku kenal datang awal...plak..aku ingat naklah balik lame sikit...Bila Aku Dengar Je Perkataan Wajib..Luruh Seluruh jiwa dan Raga AKu...Ape aku Boleh Buat.....
    Nasib badan:::
    Aku Harap DI pERmudahkan Ape sahaja yg aku lakukan:::

    Tuesday 3 May 2011

    KEGANASAN ANTARABANGSA

    Pengenalan
    Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

    Kesan – kesan
    1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

    2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

    3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.


    4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

    Langkah – langkah/cara mengatasi

    1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

    2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

    3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.


    Faktor – faktor
    1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

    2. Sikap tamak yang menguasai diri.Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

    3. Lambang kemegahan.Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

    BANJIR

    Pengenalan
    Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu berlaku di bandar dan menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

    Faktor – faktor
    1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.
    Ø banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah kepada air hujan. Tanah dialirkan oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek. Apabila hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.

    2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Ø banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-botol, bahan kaca, dan kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai melimpahi tebing apabila hujan.

    3. Sistem saluran air yang tidak terancang.Ø di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang adalah sedikit. Longkang-longkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Longkang-longkang yang sempit itu juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.

    4. Hutan tadahan.
    Ø hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

    Langkah-langkah/cara mengatasi

    1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.
    Ø longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan lebih berkesan. Selain itu, longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan lebih cepat dan banyak. Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan berlaku setiap kali hujan lebat.

    2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.
    Ø kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya tidak tersumbat. Sungai-sungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja membersihkan longkang dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan masyarakat.

    3. Mengawal pembangunan yang pesat.Ø Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.

    4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.
    Ø Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.

    Kesan – kesan

    1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
    Ø dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita, secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, menyumbangkan keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir. Manakala pihak kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir. Dengan ini, semangat tolong-menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

    2.Kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan boleh meragut nyawa seseorang.Ø bencana alam seperti banjir ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan tempat bergantung. Selain itu, ia juga boleh meragut nyawa seseorang walaupun bencana banjir ini tidak seperti bencana-bancana alam yang lain. Banjir dapat melenyapkan harta-benda seseorang itu dengan sekaligus. Bencana tsunami yang pernah melanda negara kita satu ketika dahulu, hampir meragut lebih 200 orang nyawa penduduk negara kita. Apatah lagi harta-benda mereka. Bencana alam yang sukar dijangka ini menyebabkan ramai yang terbunuh kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

    3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.Ø tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-berjangkit di kalangan penduduk. Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu contoh penyakit-berjangkit yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut yang menyerang kanak-kanak juga yang boleh merebak melalui air.

    4. Menyebabkan kerugian prasarana.Ø Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar terutama sekali dalam bidang prasarana. Pembangunan yang dijalankan tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di samping membantutkan pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut. Secara tidak langsung, banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara mahupun aspek-aspek lain.

    SETINGGAN

    A.DEFINISI
    Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.

    B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN1.WUJUDNYA KAWASAN-KAWASAN TERBIAR Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit.

    2.KOS HIDUP YANG TINGGI Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan.Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600 sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

    3.KURANGNYA RUMAH KOS RENDAH ATAU SEWANYA MURAH Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan.Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.

    4.PERPINDAHAN MASYARAKAT KAMPUNG KE KAWASAN BANDAR Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal.

    C.KESAN-KESAN KEWUJUDAN SETINGGAN
    1.MENGANCAM KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN BANDARPetempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social seperti jenayah ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.

    2.MENGANCAM KESIHATAN PENDUDUK Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.

    3.MENIMBULKAN MASALAH KEBAKARAN DAN KETIDAK SELESAAN HIDUP Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.

    4.MENYEBABKAN POLARISASI ANTARA KAUM TERJEJAS
    Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di Negara ini semakin menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri.Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita..


    D.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN1.KERAJAAN MEMBERIKAN IMBUHAN KEPADA PENDUDUK Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada penduduk sekiranya kerajaan meminta untuk mengambil penempatan setinggan untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.Penyediaan ini harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

    2.MENYEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan penduduk.Contohnya,kawasan perumahan haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi jumlah bayaran sewa rumah agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

    3.MENYERU PENDUDUK SETINGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat diharapkan dalam menjayakan usaha ini yang sejajar dengan seruan kerajaan supaya mencapai setinggan sifar.

    4.MENYEDARKAN PENDUDUK TENTANG KEBURUKAN SETINGGAN
    Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang keburukan dan kelemahan tinggal di kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka akan berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan kawasan setinggan menjelang tahun 2010 mungkin akan tercapai dengan mudah.

    BIODIVERSITI

    DEFINISIKepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)

    KEPENTINGAN
    A.KEPADA ALAM

    1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGIHidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

    2.MODIFIKASI IKLIMBiodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

    3.KAWAL HAKISAN TANAH
    Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

    4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGENTumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

    B.KEPADA MANUSIA
    1.NILSI INSTRUMEN
    Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
    CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

    2.NILAI INTRINSIKKepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.

    MASALAH
    1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
    Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

    2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

    3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.


    4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

    LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI
    1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

    2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

    3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

    4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.