Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Saturday 12 May 2012

Maksud gaya tdo anda

Assalamualaikum.....

1. Tidur telentang dengan tangan dan kaki terbuka lebar
Benar-benar pecinta jiwa kebebasan. Pose seperti ini menunjukkan identitas asli anda. Pecinta kenyamanan dan pemuja kecantikan, tapi anda juga orang yg boros (tapi untungnya anda juga berpenghasilan lumayan). Beberapa sifat lain yg kurang baik adalah anda sedikit usil dan sangat menikmati gosip. Jadi, siapa yg anda sebutkan di cerita anda sekarang akhir-akhir ini?

2. Tidur telentang dengan kaki menyilang

Siapapun yg tidur dengan menyilangkan kakinya dikatakan terobsesi diri dan menemukan kesulitan dalam menerima perubahan. Kesendirian adalah prioritas anda. Namun, kualitas penebusan anda adalah batas toleransi.

3. Tidur telentang dengan tangan menopang kepala

Anda sangat cerdas dan antusias untuk belajar. Namun kadang2 anda penuh dengan ide2 gila yg sulit untuk diikuti orang lain. Anda sangat menjaga keluarga anda dengan baik, tapi masalahnya adalah anda sangat mencintai setiap orang. Pilihan yg sulit, Huh?

4. Tidur tengkurap
Jika anda tidur tertelungkup sepanjang malam anda cenderung berpikiran sempit. Anda mungkin egois dan selalu memaksa orang untuk memenuhi kebutuhan anda sendiri. Anda juga cenderung sembrono dan acak-acakan. Waktunya merubah posisi tidur anda?

5. Tidur miring berbaring di satu sisi
Sikap ini menunjukkan bahwa anda percaya diri. Anda akan melihat keberhasilan dalam apa pun yang anda lakukan, dengan semangat dan usaha anda. Orang2 yg tidur di sisi kanan mereka dengan lengan kanan mereka yang membentang di atas kepala mereka dan berbaring di sisi kanan dikatakan akan diberkati dengan kekuasaan dan kekayaan.


6. Tidur miring meringkuk
Egois, cemburu, dan dendam adalah kata-kata yang menggambarkan anda. Orang-orang di sekitar anda harus Hati-hati untuk tidak menginjak jari-jari kaki anda saat anda mudah tersinggung!


7. Tidur miring berbaring di satu lengan
Bertentangan dengan yg sebelumnya (meringkuk), anda lembut, sopan, jujur, dan penuh kasih. Jadi, tak ada yg sempurna. Bangun rasa percaya diri anda dan belajar untuk menerima kesalahan atau ketidaksempurnaan. Kebahagiaan akan menghampiri anda!


8. Tidur miring dengan satu lutut ditekuk
Anda cenderung rewel, selalu merengek dan mengeluh. Kegugupan mungkin nama kedua anda. Anda mudah tegang dan terlalu gembira atas hal-hal kecil yg sepele. Kehidupan bukanlah sesuatu yg berlebihan. Belajarlah untuk santai.


9. Tidur dengan sikap memeluk
Anda merasa kesepian dan tertekan karena anda terobsesi dengan kegagalan dan kemunduran masa lalu anda. Anda ragu-ragu dan ragu-ragu, memberi orang lain kesan bahwa cinta telah hilang dalam hidup anda.


10. Menutup dari kepala hingga jari kaki
Anda mungkin tampak macho di depan umum, tapi jauh di dalam hati Anda pemalu dan lemah. Anda cenderung untuk menyimpan banyak rahasia. Jika anda menemui masalah, anda lebih suka menyimpannya untuk diri anda sendiri daripada meminta bantuan. Tidak heran jika anda meringis dalam tidur anda.

Copy 13/5/2012

INTERVIEW KERJA

Assalamualaikum...semoga sesiapa yang membaca dipermudahkan untuk menjalani temuduga

Soalan Biasa
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-
"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"
Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?
"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"
"saya sekolah tadika di..., "
"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"
Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.
Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.
Tahap Satu
Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-
1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.
Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.
2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.
Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.
Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"
Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.
3)      Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,
Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :
"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"
Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.
4)      Mengapa kerap menukar kerja?
Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.
Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :
"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"
Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.
Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.
Tahap Kedua
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
  • 1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • 2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • 3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • 4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • 5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.
Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.
Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.
Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-
a-      Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"
b-     Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.
c-      Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.
d-     Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga.  Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja. 
Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.
Tahap akhir
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.
Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.
Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.
Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.
Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.
Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.
Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.
Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.
Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.
2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,
"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"
Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;
"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"
Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.
Soalan Penutup
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.


Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.   

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)
Menurut sebuah hadis sohih pula :-
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )
Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.
Sekian

copy 13/5/2012

Panduan Elak Diri dari Sihir

Assalamualaikum,Sekadar berkongsi maklumat.

Hidup manusia sentiasa tidak selamat selagi ada manusia yang sentiasa iri hati:


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


 Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman,(12/05/2012)

Thursday 10 May 2012

Terjawab Sudah

Salam...Punca kenapa aku tension smlm....selesai sudah....bukan main payah aku pakai perisik....semua spy aku guna....rupa-rupanya....kawan aku kena tipu....Knp aku risau....sebb aku nie kawan baik dengan dia....Kalu masalah mesti dia cete ke aku.....Tp Kali nie...Dia takut nak cete kat aku...sbb takut kena marah...Tp yang geramnya...Dia bagi Klu je...Tp Dia takut nak cete...Tp dia xleh berahsia dengan aku....2 hari kot aku berpikir rupa-rupanya dia kena tipu...dahlah banyak kot....Kira mangsa pukaulah nie....Dipaksa beli barang...Kalu barang murah2 xpe jugak.....Tp nak buat mcm mane menda dah jadi...Nie Pesanan aku kat korang...lain kali beringat sikit nak pergi mane2...lagi satu...hati2 bila orang bagi kertas...bahaya...Boleh terpukau nanti...nasib baiklah...nielah manusia yang nak untung cepat...tapi guna cara yang salah....geram aku...tp tulah..risau jugak kawan aku...dia boleh pulak g serang syarikat tu tadi...pening betullah dengan aku dia nie....susah betul ada kawan baik gengster mcm dia nie...kalu dekat dengan aku xpe jugak...nie dahlah jauh....Tp aku harap dia oklah...boleh jaga diri...kALu lelaki aku x kisahlah...nie perempuan kot...huhuhu...Perangai lebih kurang je dengan awek aku...selalu buat aku risau..tergendala tesis aku 2 hari.

Wednesday 9 May 2012

Gerrrrammmmmm Gilllller kot:-



















Tuesday 8 May 2012

Kelas tOday

Assalamualaikum.......

Alahai.....

Tadi punya kelas aku berangan je...entah ape...baik x pyoh pergi kelas....sampai kelaut aku berangan.....dahlah tp lepas lectre...ada plak shot note....lagilah aku xleh jawab....baru nak raikan shot note yang sebelum nie boleh full mark..hehehe....tp xpelah dh lepaskan....yang aku g berangan sapa suruh.......nak tahu x aku berangan ape....Tunggu hari jummat nie....aku pos...lain...hehehe.....masa nie xleh bagtau lagi sebb...takut x tercapai hajatku itu.....tp hr nie lepas kelas trus g cari makananlah.....perut aku cepat gilller lapor...mcam ada benda lain je dalam perut aku nie tgh makan....hehehe.....hari makan nasi lauk sotong goreng best tau.....pandai betul chef tu masak....mmg kenalah dengan selera aku.......lepas nie...kalu tagh hari...aku makan kat situ jelah...mmg kenyanglah walupun makan sorang2...maklumlah xda teman....makwe jauh....berbatu2....nak cr makwe lainkan x pandai...ahaakkkkk....oklah....mood tgoh wat tesis mari doh nieh.....kekg dia lari susoh plok.....tatata

Angin Kencang

Salam,Terjaga Kul 4.30 pagi angin sangat kuat,sampai bergegar tingkap bilik aku, akhir-akhir nie...banyak kali angin kencang datang, xtahulah sebb ape...aku pun bangun trus tutup tingkaplah...biasa selame ning..xpenah pun tutup tingkap tdo...panas tekpon....tp kalu angin kuat sagt kena tutuplah...ingat nak sambung tdo mula...tp xleh tdo doh...biasalah...aku nie...bila terjaga je trus ingat keje...keje banyok lag nih...berat lagi rasa...walaupun...diperingkat2 akhir doh...tp tulah bila ngadap je depan laptop...tgok internet laju...mmg x jadi wat kejelah...fb mmg wajib  buke...xthulah wakpe...truk sgt main fb lening...ada je...benda yang nak pos...tp aku rasa..mcm x boh doh pos kat fb...aku nak pos kat blog aku plok lepas nie....aku cubelah nak janji pun xleh juga...manusia nie bila2 masa buleh berubah...nak2 orang yang x kuat iman mcm aku nie...hehehe...xpelah subuh doh....nak myg pulok...kekg nak wat keje....


Monday 7 May 2012

CITA-CITA

Cita dari keci hingga dan besar sebenarnya sekarang nie aku dah ada tiga cita-cita dan aku rasa mcm nak kekalkan terus cita-cita aku selagi aku masih hidup,kerana aku rasa masih ada peluang yang cerah aku nak capai cita-cita tersebut.Tp bagi aku hidup kita dah diatur dan aku rasa mcm bersyukur sangat...sebab aku rasa mcm aku dapat capai ketiga-tiga cita-cita aku tu-nak tahu ape jag eh...

  • Aku nak Jadi Seorang Anggota Polis or Tentera


Tengok cita-cita pertama aku dah tercapai,masa sekolah dulu aku masuk PKBN tranning semua mcm askar..tp sebelum masuk nie aku masuk kadet polis.....tp polis lembut sangt tranning dia jd aku kuar..hehehe....tercapaikan cita-cita aku.     







  
  • Aku nak jadi seorang perancang bandar yang berkebolehan dan berjaya





 Gambar kat atas dua daripadanya semasa aku praktikal tranning hehehe....satu di Jabatan perancang bandar satu lagi dekat private sektor....alhamdulillah aku dapat deliver dengan baik keje yang aku dapat....aku sangat berpuas hatilah....walaupun keje tension sikit...kena keje siang malam...kat sinilah aku banyak belajar....semua keje-keje perancangan aku buat yang real punya tau...projek juta-juta...terketar tangan nak buat..hehehee....Kat UTM nie pun alhamdulillah aku dapat buat dengan baik semua projek studio aku......mmg sangat2 berpuas hati...kerana projek studiolah rumah tangga kucar lanar..hehehe....emmm apa mcm cita-cita aku no 2 pun dah tercapai...jom kita tengok no 3....




  • Aku nak jadi seorang pemimpin..erti kata lain Wakil Rakyatlah or Perdana Menteri(Mustahilkan) 






Ini cita-cita yang penuh berduri aku nak cakap kat koranglah, cita-cita yang sangat merbahaya, kalu silap sikit terus kena pancung dengan orang lain, tapi bagi aku ini lumrah hidup kita kena lalui bila dah terpilih...sebenarnya aku pun x tahu mcm mane aku boleh semakin minat dengan cita-cita nie walaupun banyak halangan..banyak yang melucukan tentang semua gambar di atas...sebenarnya gambar di atas ada cerita lawak cerita seram,cerita serius di sebaliknya...semuanya tanggungjawab BERAT SANGAT..

  1. Aku dilantik jadi Kapten Asrama, tp aku x pergi masa pemilihan tu..aku tdo kat bilik...aku bangun je subuh esoknya aku dah jadi kapten...tp mmg niat aku nak pun tp aku tertidur...huhuhu..rezekit...tp yang nie paling banyak dugaan...aku paling banyak musuh disinilah...sbb masa nie aku sangat serius...masa aku jd kapten nielah...aku di kepung oleh gangter kampung...huhuhu..seram...nasib baiklah..aku lepas kerana nama je...kalu x mesti dah kena pukul...(panjang cite dia nanti aku cete dalam entry seterusnya)
  2. Tanggungjawab seterusnya aku dilantik jadi Presiden pelajar pra universiti,aku x tahu mcm mane aku boleh terpilih, kerana aku ensem kot..hehehe...aku ingt lagi kata sorang cikgu tu...semasa pemilihan air...biasa orang yang jadi presiden orang hensem je...hehehe..saya rasa zul yang sesuai..hehehe...lepas tu automatik semua angkat tangan...style x...tp dalam hati aku mmg niat nak jadi presiden pun...aku terima seadanya..yang nie....aku berjaya jalankan tugas dengan baik walaupun banyak kontroversi....
  3. Jawatan seterusnya renda sikitlah....tp paling semua orang xnak...aku terjebak nie pun sebb kawan baik aku...last2 dia pergi belajar tempat lain...jawatan pengawas sekolah...dahlah aku dilantik jadi penolong ketua pengawas automatik jd penolong ketua pelajar....woiiii...dasyat giler....tp jawatan nie...aku paling banyak musuh...masa tu ada 2 batch yang bermusuh dengan aku tingkatan 4 dan 4 yang paling dasyat tingkatan 4lah....tp tu tanggungjawab aku buat ape aku nak takut..alhamdulilah...aku selamat di samping kawan-kawan..sbb kawan-kawan aku ramai jugak otai....tp aku faham di sebalik aku dapat jawatan ini kerana...semua tu bermula dari aku...sbb masa aku form 3 dan 4...aku bukan baik sgt...lagi jahat dr tingkatan 4 dan 5 yang aku bermusuh td...jd bila aku pikir susahnya pengawas yang jaga aku masa tu...huhuhu..dahlh nak cete pengalaman nie sampai bila pun x habis...seterusnya..last kot...
  4. Nie mmg jawatan yang aku betul - betul nak..tp aku x dapat deliver...sbb aku lembut sangat kot....kelemahan akulah...PRESIDEN PEWIBAWA...tp aku bersyukur aku dah tahu kele mahan aku tak boleh berlembut dalam semua hal.....tp aku berjaya habiskan jawatan ini walaupun perit sikit...Kalaulah masa aku jd presiden pewibawa nie...aku buat mcm aku jd kapten asrama,macm aku jd pengawas..aku rasa...semua orang benci kat aku..hehehe....dah lepas....aku akan baiki kelemahan itu....

EMMMMM...nampak x korang cita-cita aku yang ketiga pun aku dah lalui...semuanya secara kebetulan..tuhan yang atur...aku hanya cube buat yang terbaik......Dunia politik memang perit...aku nak rasa dunia politik sebenar....Aku Harap Semua cita-cita aku ini ditejemahkan ke alam pekerjaan....amin....

Oklah...Nanti aku nak entry yang aku nak kena belasah tu...next time...nak mandi nak pergi makan. salam





























































































































































































































































                         


MALAM APRESIASI PERANCANG(AKU DAH FINAL YEAR KOT)












Salam dan terlalu lama x entry sbb malas nak buke blog...sbb bz sangat maklumlah dah tahun akhir...semua keje nak kena buat sorang,kalu tak buat tak siap,jadi kenalah banyak fokus kat keje...hehehehe...dapat pulak supervisor yang sangat bagus....mmg betul2 kn survice sendirilah......kena lebih rajin dari biasa... 

Huhuhu...5/5/2012 Hari tu dinner...biasalah sambutan pelajar tahun akhir...aku dah tahun akhir kot..stgh langkah lagi nak grad....masa rasa berbaloi....belajar penat2...Tp aku rasa malam dinner tu..aku bertuah jugaklah dapat king og the night...hahaha....tp mmg aku ada niat nak pun...alih2 blh dapat....tp yang aku xtahnnya...pakaian yang aku pakai malam tu...x sampai pun RM 50 ringgit...hehehe...apa macam murah x...tgok nak bergaya pun kena pandai...x semestinya pakaian baru...je...nak bergaya.....nanti aku list harga pakaian aku.....Siap dgn jenama lagi...semua jenama mahal2...........

List Harga Pakaian...hehehe
  1. Kasut=Free(Aku dapat dari JPBD terengganu)
  2. Stoking=RM 2 JE
  3. Seluar=RM 15 JE
  4. Baju dalam=RM 5 JE
  5. Blazer=RM 20 JE
  6. Skaff = Free(Kawan Punya)
  7. Topi=Free(Beli 4 Tahun lepas)