Assalamualaikum...semoga sesiapa yang membaca dipermudahkan untuk menjalani temuduga
Soalan Biasa
Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-
"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"
Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?
"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"
"saya sekolah tadika di..., "
"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"
Bagi
saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu
kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.
Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya
kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah
keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia
hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel
biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam
menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk
berkenalan dengan calon.
Tahap Satu
Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-
1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan
dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan
soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih
dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang
diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.
Sudah
tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat
yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid
Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.
2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala
itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan
kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.
Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier
di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan
kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun
di sebuah syarikat swasta.
Maka
calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier
dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan
mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa
dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana
pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"
Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.
3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini
soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah
amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya
anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,
Kenalan
saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan
jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :
"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"
Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.
4) Mengapa kerap menukar kerja?
Soalan
ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah
bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata
lainnya, 'melompat-lompat'.
Mereka
pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian
Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada
saya :
"Semua
calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam
tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"
Lihat,
malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap
kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan
demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda
sediakan.
Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.
Tahap Kedua
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
Ini
adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang
dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat
lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih
dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap
ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.
Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.
Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.
Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-
a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
Bagi
soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab,
mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada
sumber-sumber tertentu.
Bagi
soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat
penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi
bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
Ini
tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu
pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi
jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"
b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.
Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan
minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif,
tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar
"InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak
bermotivasi.
Kebanyakkan
panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak.
Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman
10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa
anda adalah seorang calon yang berbakat.
c- Merendah diri.
Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi
semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri.
Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup
sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk
jawatanyang dipohon.
d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan.
Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri
dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu
debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan
guru sahaja.
Bagi
sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya
dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon
adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang
biasanya sibuk dan tertekan.
Tahap akhir
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.
Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.
Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.
Untuk
itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang
perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan
membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji
seorang pekerja kilang sahaja.
Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.
Jika
anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam
jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam
sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000
sebulan.
Jika
calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di
atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam
sektor pekerjaan.
Jika
calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon
sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak
di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.
Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.
2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
3) Jenis Kemahiran
: jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di
pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang
punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui
dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan
permohonan sedikit tinggi.
4) Jenis Jawatan :
Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan,
iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan
lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa.
Semua mempunyai scale masing-masing.
Justeru,
calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan
gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh
panel,
"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"
Jawapan
perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia
terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;
"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"
Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
Oleh
kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai
serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan
aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan
anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan
gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.
Soalan Penutup
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:
"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"
Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.
Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta.
Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard
dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya
berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap
kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu
tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini
mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.
Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/
yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan
berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit
persiapan karier anda agar lebih berjaya.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-
إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Ertinya
: Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan
sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat
At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab
bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)
Menurut sebuah hadis sohih pula :-
إِنَّ
اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا
الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم
شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Ertinya
: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional,
ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin
berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih
maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat
sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat
Muslim, 3/1548 )
Kedua-dua
hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja.
Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah
bersama kita sentiasa.
Sekian
copy 13/5/2012